Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لا تَتمارَضوا ، فتَمْرَضوا ، ولا تَحفِروا قُبورَكُم ، فَتموتوا.
Teks Bahasa Melayu
Janganlah kamu berpura-pura sakit maka kamu akan sakit dan janganlah menggali kubur kamu, maka kamu akan mati.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1718, hadis no. 8640. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن ابن عباس -رضي الله عنهما- مرفوعا: ((لا تتمارضوا فتمرضوا، ولا تحفروا قبوركم، فتموتوا.)) [ابن أبي حاتم في ((العلل))، ((الضعيفة))(259)].
(Munkar) Daripada Ibn Abbas RHUMA, secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): ((Janganlah kamu berpura-pura sakit maka kamu akan benar-benar sakit dan janganlah menggali kubur kamu, maka kamu akan mati.)) [Riwayat Ibn Abi Hatim di dalam al-Ilal. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 259].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman