Bukan hadis
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لَا تَتَمَارَضُوا فَتَمْرَضُوا وَلا تَحْفِرُوا قُبُورَكُمْ فَتَمُوتُوا.
Teks Bahasa Melayu
Janganlah kamu berpura-pura sakit kerana kamu akan benar-benar sakit dan janganlah kamu menggali kuburku kerana kamu akan benar-benar mati.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H)
Status
Bukan hadis
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 104, hadis no. 503. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
ورد في السنة في الجملة وإن أنكر، وأما الزيادات الدائرة على الألسن: (فتموتوا فتدخلوا النار) فلا أصل لها أصلا.
Warid dalam sunnah secara umum sekalipun ia diingkari. Adapun penambahan-penambahan yang berlegar-legar pada lidah orang ramai: "kerana kamu akan benar-benar mati, maka kamu akan masuk neraka", tidak ada asalnya.
Rujukan
Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.
Makluman