Janganlah kamu berkata: Ramadan

TEKS BAHASA ARAB

لا تقولوا: رمضان فإن رمضان اسم من أسماء الله تعالى ولكن قولوا: شهر رمضان.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Janganlah kamu berkata: Ramadan. Sesungguhnya Ramadan itu adalah salah satu daripada nama-nama Allah SWT, tetapi sebutlah: bulan Ramadan.

STATUS

Batil

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1165, hadis nombor 5888. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(باطل) عن أبي هريرة رضي الله عنه قال: قال صلى الله عليه وسلم: لا تقولوا: رمضان فإن رمضان اسم من أسماء الله تعالى ولكن قولوا: شهر رمضان. [عد، هق، فر، الضعيفة (6768)]

(Batil) Daripada Abu Hurairah RA, telah berkata: Rasulullah SAW bersabda: Janganlah kamu berkata Ramadan. Sesungguhnya Ramadan itu adalah salah satu daripada nama-nama Allah SWT, tetapi sebutlah: bulan Ramadan. [Riwayat Ibn ‘Adi dalam al-Kamil fi al-Dhu’afa, al-Bayhaqi dalam al-Sunan al-Kubra, dan al-Daylami dalam al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 6768]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs