Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Janganlah kamu berjalan di pasar-pasar melainkan kamu memakai kain sarung

Teks Bahasa Arab

قُصُّوا الشاربَ وأعفوا اللَّحَى، ولا تمشوا في الأسواقِ إلا وعليكم الأُزُرُ؛ إنهُ ليس منا مَن عملَ سنةَ غيرِنا.

Teks Bahasa Melayu

Pendekkanlah misai dan peliharalah janggut, janganlah kamu berjalan di pasar-pasar melainkan kamu memakai kain sarung, sesungguhnya bukan dalam kalangan kami orang yang mengamalkan sunnah selain kami.

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin Abbas RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1206, hadis no. 6134. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن ابن عباس رضي الله عنهما مرفوعاً: قصوا الشارب وأعفوا اللحى، ولا تمشوا في الأسواق إلا وعليكم الأزر؛ إنه ليس منا من عمل سنة غيرنا. [طب، ((الضعيفة)) (4057)]

(Lemah) Daripada Ibn 'Abbas RA secara marfu': Pendekkanlah misai dan peliharalah janggut, janganlah kamu berjalan di pasar-pasar melainkan kamu memakai kain sarung, sesungguhnya bukan dalam kalangan kami orang yang mengamalkan sunnah selain kami. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4057]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.