Janganlah kamu berfikir tentang Allah

TEKS BAHASA ARAB

لا تتفكروا في الله، فإنه لا مثل له، ولا شبيه ولا نظير، ولا تضربوا لله الأمثال، ولا تصفوه بالزوال، فإنه بكل مكان.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Janganlah kamu berfikir tentang Allah; kerana Dia tiada ada semisalnya, seumpamanya, mahupun sepertinya. Dan janganlah kamu menyamakan apa sahaja dengan Allah, dan jangan kamu mensifatkan-Nya dengan (sifat) yang hilang; kerana sesungguhnya Dia di setiap tempat.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 555, hadis nombor 2889. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أنس بن مالك – رضي الله عنه – قال: خرج النبي رسول الله صلى الله عليه وسلم على قوم جلوس، فقال: ما أجلسكم؟ فقالوا: نتفكر في الله، فقال صلى الله عليه وسلم: ((لا تتفكروا في الله؛ فإنه لا مثل له، ولا شبيه ولا نظير، ولا تضربوا لله الأمثال، ولا تصفوه بالزوال؛ فإنه بكل مكان))
[الربيع بن حبيب، ((الضعيفة)) (6332)]

(Palsu)
Daripada Anas bin Malik RA, beliau berkata: Rasulullah SAW keluar kepada satu kelompok orang sedang duduk. Lalu baginda berkata: “Apa yang membuatkan kalian duduk-duduk?” Mereka menjawab: “Kami sedang berfikir tentang Allah.” Lalu Baginda SAW berkata: “Janganlah kamu berfikir tentang Allah; kerana Dia tiada ada semisalnya, seumpamanya, mahupun sepertinya. Dan janganlah kamu menyamakan apa sahaja dengan Allah, dan jangan kamu mensifatkan-Nya dengan (sifat) yang hilang; kerana sesungguhnya Dia di setiap tempat.”
[Musnad al-Rabi’ bin Habib. Lihat al-Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6332]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs