Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لا تتفَكَّروا في الله، فإنه لا مثلَ له، ولا شبيْهَ ولا نظيرَ، ولا تضربوا لله الأمثالَ، ولا تصفوه بالزَّوالِ، فإنه بكل مكانٍ.
Teks Bahasa Melayu
Janganlah kamu berfikir tentang Allah; kerana Dia tiada ada semisalnya, seumpamanya, mahupun sepertinya. Dan janganlah kamu menyamakan apa sahaja dengan Allah, dan jangan kamu mensifatkan-Nya dengan (sifat) yang hilang; kerana sesungguhnya Dia di setiap tempat.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 555, hadis no. 2889.
(موضوع) عن أنس بن مالك – رضي الله عنه – قال: خرج النبي رسول الله صلى الله عليه وسلم على قوم جلوس، فقال: ما أجلسكم؟ فقالوا: نتفكر في الله، فقال صلى الله عليه وسلم: ((لا تتفكروا في الله؛ فإنه لا مثل له، ولا شبيه ولا نظير، ولا تضربوا لله الأمثال، ولا تصفوه بالزوال؛ فإنه بكل مكان)) [الربيع بن حبيب، ((الضعيفة)) (6332)]
(Palsu) Daripada Anas bin Malik RA, beliau berkata: Rasulullah SAW keluar kepada satu kelompok orang sedang duduk. Lalu baginda berkata: “Apa yang membuatkan kalian duduk-duduk?” Mereka menjawab: “Kami sedang berfikir tentang Allah.” Lalu Baginda SAW berkata: “Janganlah kamu berfikir tentang Allah; kerana Dia tiada ada semisalnya, seumpamanya, mahupun sepertinya. Dan janganlah kamu menyamakan apa sahaja dengan Allah, dan jangan kamu mensifatkan-Nya dengan (sifat) yang hilang; kerana sesungguhnya Dia di setiap tempat.” [Musnad al-Rabi’ bin Habib. Lihat al-Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6332]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman