Janganlah kamu berdiri (ketika ketibaan seseorang)

TEKS BAHASA ARAB

لا تقوموا كما تقوم الأعاجم، يعظم بعضها بعضا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Janganlah kamu berdiri (ketika ketibaan seseorang) sebagaimana berdirinya golongan ‘ajam (bukan arab) yang saling mengagungkan antara satu sama lain.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 171, hadis nombor 860. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن أبي أمامة -رضي الله عنه-، قال: خرج علينا رسول الله -صلى الله عليه وسلم- متوكئا على عصا، فقمنا إليه فقال: لا تقوموا كما تقوم الأعاجم، يعظم بعضها بعضا.
[حم، د، تمام في ((الفوائد))، الرامهرمزي في ((الفاصل))، ((الضعيفة)) (346)]

(Lemah)
Daripada Abu Umamah – Raḍiyallāhu ‘anhu – berkata: Rasulullah ﷺ keluar (dari rumah baginda) dan menuju ke arah kami sambil baginda bersandar pada sebatang tongkat. Kemudian kami pun berdiri ke arah baginda. Lalu baginda berkata: Janganlah kamu berdiri (ketika ketibaan seseorang) sebagaimana berdirinya golongan ‘ajam (bukan arab) yang saling mengagungkan antara satu sama lain.
[Riwayat Ahmad dalam Musnad, Abu Daud dalam Sunan, Tammam dalam al-Fawaid dan al-Ramahurmuzi dalam al-Fasil. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 346]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs