TEKS BAHASA ARAB
لا تمنوا الموت؛ فإن هول المطلع شديد، وإن من السعادة أن يطول عمر العبد ويرزقه الله الإنابة.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Janganlah kamu bercita-cita untuk mati kerana kejadian mencabut nyawa sangat mengerikan dan termasuk kebahagiaan adalah dipanjangkan umur seseorang hamba dalam masa yang sama Allah memberikan taubat kepadanya.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1348, hadis nombor 6889. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف)
عن جابر بن عبد الله رضي الله عنهما مرفوعاً: لا تمنوا الموت؛ فإن هول المطلع شديد، وإن من السعادة أن يطول عمر العبد ويرزقه الله الإنابة.
[حم، هب، ((الضعيفة)) (4979)]
(Lemah)
Daripada Jabir bin ‘Abdillah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Janganlah kamu bercita-cita untuk mati kerana kejadian mencabut nyawa sangat mengerikan dan termasuk kebahagiaan adalah dipanjangkan umur seseorang hamba dalam masa yang sama Allah memberikan taubat kepadanya.
[Riwayat Ahmad dalam al-Musnad, al-Baihaqi dalam Shu'ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4979]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.