Bukan hadis
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لَا تَكْرَهُوا الْفِتَنَ فَإِنَّ فِيهَا حَصَادَ الْمُنَافِقِينَ.
Teks Bahasa Melayu
Janganlah kamu benci terhadap fitnah-fitnah kerana di dalamnya terdapat habuan orang-orang munafik.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H)
Status
Bukan hadis
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 105, hadis no. 511. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
قال الربيع: سمعت ابن وهب، وقيل له إن فلانا حدث عنك عن النبي صلى الله عليه وسلم: (لا تكرهوا الفتن فإن فيها حصاد المنافقين)، فقال ابن وهب: أعماه الله إن كان كذب، قال الربيع: فأخبرني أحمد بن عبد الرحمن: أن الرجل عمي. (وحديث لا تستعيذوا بالله من الفتن فإنها حصاد المنافقين)، قال ابن تيمية: إنه باطل. وممن أنكره ابن حجر، والسخاوي.
Al-Rabi' berkata: Aku telah mendengar Ibn Wahb ketika dikatakan kepada beliau bahawa si fulan telah menceritakan daripada engkau daripada Nabi SAW: "Janganlah kamu membenci fitnah-fitnah kerana di dalamnya terdapat habuan untuk orang-orang munafik", lalu Ibn Wahb berkata: "Semoga Allah membutakannya jika dia berdusta". Al-Rabi' berkata: Ahmad bin 'Abd al-Rahman telah menceritakan kepadaku bahawa lelaki tersebut adalah seorang yang buta. Dan hadith: "Janganlah kamu minta berlindung kepada Allah terhadap fitnah-fitnah kerana ia adalah habuan untuk orang-orang munafik", Ibn Taimiyyah berkata: "Ia batil", antara yang mengingkari hadith tersebut adalah Ibn Hajar dan al-Sakhawi.
Rujukan
Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.
Makluman