Janganlah kamu banyak berkata-kata selain daripada mengingati Allah

TEKS BAHASA ARAB

لا تكثروا الكلام بغير ذكر الله، فإن كثرة الكلام بغير ذكر الله قسوة للقلب، وإن أبعد الناس من الله القلب القاسي.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Janganlah kamu banyak berkata-kata selain daripada mengingati Allah kerana berkata-kata selain daripada mengingati Allah itu akan mengeraskan hati. Sesungguhnya orang yang paling jauh dengan Allah adalah seseorang yang mana keras hatinya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 177, hadis nombor 902. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن ابن عمر- رضي الله عنهما – قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: لا تكثروا الكلام بغير ذكر الله، فإن كثرة الكلام بغير ذكر الله قسوة للقلب، وإن أبعد الناس من الله القلب القاسي.
[هب، ت، الواحدي في ((الوسيط))، ابو جعفر الطوسي الفقيه الشيعي في ((الامالي))،((الضعيفة)) (٩٢٠)]

(Lemah)
Daripada ‘Abdullah bin Umar ―Raḍiyallāhu ‘anhuma― berkata, Rasulullah SAW bersabda: Janganlah kamu banyak berkata-kata selain daripada mengingati Allah kerana berkata-kata selain daripada mengingati Allah itu akan mengeraskan hati. Sesungguhnya orang yang paling jauh dengan Allah adalah seseorang yang mana keras hatinya.
[Riwayat al-Baihaqi dalam Shu‘ab al-Iman, al-Tirmizi dalam sunannya, al-Wahidi dalam al-Wasit dan Abu Ja‘far al-Tusi al-Faqih al-Shi‘iy dalam al-Amaliy. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 920]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs