Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لا تُكْثِرُوا الكلامَ بغيرِ ذِكْرِ اللهِ، فإن كثرةَ الكلامِ بغيرِ ذِكْرِ اللهِ قسوةٌ للقلبِ، وإن أبعدَ الناسِ من اللهِ القلبُ القاسِي.
Teks Bahasa Melayu
Janganlah kamu banyak berkata-kata selain daripada mengingati Allah kerana berkata-kata selain daripada mengingati Allah itu akan mengeraskan hati. Sesungguhnya orang yang paling jauh dengan Allah adalah seseorang yang mana keras hatinya.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Umar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 177, hadis no. 902. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن ابن عمر- رضي الله عنهما - قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: لا تكثروا الكلام بغير ذكر الله، فإن كثرة الكلام بغير ذكر الله قسوة للقلب، وإن أبعد الناس من الله القلب القاسي. [هب، ت، الواحدي في ((الوسيط))، ابو جعفر الطوسي الفقيه الشيعي في ((الامالي))،((الضعيفة)) (٩٢٠)]
(Daif) Daripada ‘Abdullah bin Umar ―Raḍiyallāhu ‘anhuma― berkata, Rasulullah SAW bersabda: Janganlah kamu banyak berkata-kata selain daripada mengingati Allah kerana berkata-kata selain daripada mengingati Allah itu akan mengeraskan hati. Sesungguhnya orang yang paling jauh dengan Allah adalah seseorang yang mana keras hatinya. [Riwayat al-Baihaqi dalam Shu‘ab al-Iman, al-Tirmizi dalam sunannya, al-Wahidi dalam al-Wasit dan Abu Ja‘far al-Tusi al-Faqih al-Shi‘iy dalam al-Amaliy. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 920]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman