Janganlah kalian tidur daripada mencari rezeki kalian antara solat subuh sehingga terbit matahari

TEKS BAHASA ARAB

لا تناموا عن طلب أرزاقكم فيما بين صلاة الفجر إلى طلوع الشمس.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Janganlah kalian tidur daripada mencari rezeki kalian antara solat subuh sehingga terbit matahari.

STATUS

Sangat munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 379, hadis nombor 2012. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر جداً) عن أنس، قال: قال ﷺ: «لا تناموا عن طلب أرزاقكم فيما بين صلاة الفجر إلى طلوع الشمس». فسئل أنس عن معنى هذا الحديث؛ فقال: تسبح وتكبر وتستغفر سبعين مرة، فعند ذلك ينزل الرزق. [فر، «الضعيفة» (6991)].

(Sangat Munkar) Daripada Anas, beliau berkata: Baginda ﷺ bersabda: “Janganlah kalian tidur daripada mencari rezeki kalian antara solat subuh sehingga terbit matahari.” Maka Anas telah ditanya mengenai erti hadis ini. Lalu beliau menjawab: "Kamu bertasbih, kamu bertakbir dan kamu meminta ampun sebanyak tujuh puluh kali, nescaya ketika itu rezeki akan turun.” [Riwayat al-Daylami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6991].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs