Janganlah kalian minum pada sumbingan (bahagian yang pecah) yang ada pada bekas makanan

TEKS BAHASA ARAB

لا تشربوا في الثلمة التي تكون في القدح؛ فإن الشيطان يشرب من ذلك.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Janganlah kalian minum pada sumbingan (bahagian yang pecah) yang ada pada bekas makanan kerana sesungguhnya syaitan minum daripada kawasan itu.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 441, hadis nombor 2365. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منکر) عن عمرو بن أبي سفيان: أن النبي ﷺ قال: ((لا تشربوا في الثلمة التي تكون في القدح؛ فإن الشيطان يشرب من ذلك)). [ابن منده، أبو نعيم في ((المعرفة))، فر، ((الضعيفة)) (6540)].

(Munkar)
Daripada Amru bin Abi Sufyan, bahawa Nabi SAW bersabda: Janganlah kalian minum pada sumbingan (bahagian yang pecah) yang ada pada bekas makanan kerana sesungguhnya syaitan minum daripada kawasan itu.
[Riwayat Ibn Mandah, Abu Nu‘aim dalam al-Ma’rifah dan al-Dailami dalam Musnad al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6540].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs