Janganlah kalian minum di bahagian sumbing yang ada pada gelas

TEKS BAHASA ARAB

لا ‌تشربوا في ‌الثلمة التي تكون في القدح، فإن الشيطان يشرب من ذلك.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Janganlah kalian minum di bahagian sumbing yang ada pada gelas kerana sesungguhnya syaitan minum daripada bahagian itu

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 585, hadis nombor 3004. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن عمرو بن أبي سفيان أن النبي صلى الله عليه وسلم قال: ((لا ‌تشربوا في ‌الثلمة التي تكون في القدح، فإن الشيطان يشرب من ذلك)). [ابن منده، أبو نعيم في ((المعرفة))، فر، ((الضعيفة)) (6540)].

(Munkar) Daripada Amru bin Abu Sufyan RA bahawa Nabi SAW bersabda: Janganlah kalian minum di bahagian sumbing yang ada pada gelas kerana sesungguhnya syaitan minum daripada bahagian itu. [Riwayat Ibn Mandah dalam Mu’jam al-Sahabah, Riwayat Abu Nu’aim dalam al-Ma’rifah, Riwayat al-Dailami dalam Musnad al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6540].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs