Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لاَ تَشْرَبُواْ فِي الثُّلْمَةِ الَّتِي تَكُونُ فِي القَدَحِ، فَإِنَّ الشَّيْطَانَ يَشْرَبُ مِنْ ذَلِكَ.
Teks Bahasa Melayu
Janganlah kalian minum di bahagian sumbing yang ada pada gelas kerana sesungguhnya syaitan minum daripada bahagian itu
Sahabat Perawi
- Amru bin Abu Sufyan RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 585, hadis no. 3004.
(منكر) عن عمرو بن أبي سفيان أن النبي صلى الله عليه وسلم قال: ((لا تشربوا في الثلمة التي تكون في القدح، فإن الشيطان يشرب من ذلك)). [ابن منده، أبو نعيم في ((المعرفة))، فر، ((الضعيفة)) (6540)].
(Munkar) Daripada Amru bin Abu Sufyan RA bahawa Nabi SAW bersabda: Janganlah kalian minum di bahagian sumbing yang ada pada gelas kerana sesungguhnya syaitan minum daripada bahagian itu. [Riwayat Ibn Mandah dalam Mu’jam al-Sahabah, Riwayat Abu Nu’aim dalam al-Ma’rifah, Riwayat al-Dailami dalam Musnad al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6540].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman