Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Janganlah kalian menyibukkan hati-hati kalian dengan memikirkan hal duniawi

Teks Bahasa Arab

لا تَشْغَلُوا قلوبَكم بِذِكرِ الدنيا.

Teks Bahasa Melayu

Janganlah kalian menyibukkan hati-hati kalian dengan memikirkan hal duniawi.

Sahabat Perawi

  1. Muhammad bin al-Nadar al-Harithi

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2003, hadis no. 10045. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن محمد بن النضر الحارثي مرفوعا: لا تشغلوا قلوبكم بذكر الدنيا. [ابن أبي الدنيا، في ((ذم الدنيا))، ((الضعيفة)) (2314)]

(Lemah) Daripada Muhammad bin al-Nadar al-Harithi, secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Janganlah kalian menyibukkan hati-hati kalian dengan memikirkan hal duniawi. [Riwayat Ibn Abu al-Dunya dalam kitab Zamm al-Dunya. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 2314]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.