Janganlah kalian menyetubuhi isteri kalian seperti mana binatang mengawan

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

لا يقعن أحدكم على امرأته كما تقع البهيمة؛ وليكن بينهما رسول. قيل: وما الرسول؟ قال: القبلة والكلام .

TEKS BAHASA MALAYSIA

Janganlah kalian menyetubuhi isteri kalian seperti mana binatang mengawan, dan hendaklah perantaraan di antara mereka berdua. Dikatakan: Apakah perantaraan itu? Baginda SAW menjawab: Ciuman dan kata-kata.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 966, hadis nombor 4981. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر)
عن أنس – رضي الله عنه – قال, قال رسول الله ﷺ: لا يقعن أحدكم على امرأته كما تقع البهيمة، وليكن بينهما رسول؟ قيل: وما الرسول؟ قال: القبلة والكلام.
[فر، ((الضعيفة)) 6075].

(Munkar)
Daripada Anas RA berkata, Rasulullah SAW telah bersabda: Janganlah kalian menyetubuhi isteri kalian seperti mana binatang mengawan, dan hendaklah perantaraan di antara mereka berdua. Dikatakan: Apakah perantaraan itu? Baginda SAW menjawab: Ciuman dan kata-kata.
[Riwayat al-Dailami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 6075].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.