Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لا يقعنَّ أحدُكُم علَى امرأتِهِ كما تقعُ البَهيمةُ وليكُن بينَهما رسولٌ قيلَ وما الرسولُ قال: القُبلَةُ والكلامُ .
Teks Bahasa Melayu
Janganlah kalian menyetubuhi isteri kalian seperti mana binatang mengawan, dan hendaklah perantaraan di antara mereka berdua. Dikatakan: Apakah perantaraan itu? Baginda SAW menjawab: Ciuman dan kata-kata.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 966, hadis no. 4981. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن أنس – رضي الله عنه – قال, قال رسول الله ﷺ: لا يقعن أحدكم على امرأته كما تقع البهيمة، وليكن بينهما رسول؟ قيل: وما الرسول؟ قال: القبلة والكلام. [فر، ((الضعيفة)) 6075].
(Munkar) Daripada Anas RA berkata, Rasulullah SAW telah bersabda: Janganlah kalian menyetubuhi isteri kalian seperti mana binatang mengawan, dan hendaklah perantaraan di antara mereka berdua. Dikatakan: Apakah perantaraan itu? Baginda SAW menjawab: Ciuman dan kata-kata. [Riwayat al-Dailami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 6075].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman