Janganlah kalian menyebut ‘Ramadan’ kerana sesungguhnya ‘Ramadan’ itu merupakan salah satu nama Allah Ta'ala

TEKS BAHASA ARAB

لا تقولوا: (رمضان)، فإن (رمضان) اسم من أسماء الله تعالى، ‌ولكن ‌قولوا: شهر رمضان.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Janganlah kalian menyebut ‘Ramadan’ kerana sesungguhnya ‘Ramadan’ itu merupakan salah satu nama Allah Ta’ala. Akan tetapi sebutlah ‘bulan Ramadan’.

STATUS

Batil

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 585 – 586, hadis nombor 3007. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(باطل) عن أبي هريرة –رضي الله عنه-، قال: قال صلى الله عليه وسلم: ((لا تقولوا: (رمضان) ؛ فإن (رمضان) اسم من أسماء الله تعالى، ‌ولكن ‌قولوا: شهر رمضان)). [عد، هق، فر، ((الضعيفة)) (6768)].

(Batil) Daripada Abu Hurairah RA berkata: (Rasulullah) SAW bersabda: Janganlah kalian menyebut ‘Ramadan’ kerana sesungguhnya ‘Ramadan’ itu merupakan salah satu nama Allah Ta’ala. Akan tetapi sebutlah ‘bulan Ramadan’. [Riwayat Ibn ‘Adi dalam kitab al-Dhu'afa’ al-Kabir, Riwayat al-Baihaqi dalam Sunan al-Kubra, Riwayat al-Dailami dalam Musnad al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6768].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs