Batil

30/06/2024

minit bacaan



Janganlah kalian menyebut ‘Ramadan’ kerana sesungguhnya ‘Ramadan’ itu merupakan salah satu nama Allah Ta'ala

Teks Bahasa Arab

لَا تَقُولُوا رَمَضَانَ فَإنَّ رَمَضَانَ اسْمٌ مِنْ أَسْمَاءِ اللهِ تَعَالَى وَلَكِنْ قُولُوا شَهْرُ رَمَضَانَ.

Teks Bahasa Melayu

Janganlah kalian menyebut ‘Ramadan’ kerana sesungguhnya ‘Ramadan’ itu merupakan salah satu nama Allah Ta'ala. Akan tetapi sebutlah ‘bulan Ramadan’.

Sahabat Perawi

  1. Abu Hurairah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Batil

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 585 - 586, hadis no. 3007.

(باطل) عن أبي هريرة –رضي الله عنه-، قال: قال صلى الله عليه وسلم: ((لا تقولوا: (رمضان) ؛ فإن (رمضان) اسم من أسماء الله تعالى، ‌ولكن ‌قولوا: شهر رمضان)). [عد، هق، فر، ((الضعيفة)) (6768)].

(Batil) Daripada Abu Hurairah RA berkata: (Rasulullah) SAW bersabda: Janganlah kalian menyebut ‘Ramadan’ kerana sesungguhnya ‘Ramadan’ itu merupakan salah satu nama Allah Ta'ala. Akan tetapi sebutlah ‘bulan Ramadan’. [Riwayat Ibn ‘Adi dalam kitab al-Dhu'afa’ al-Kabir, Riwayat al-Baihaqi dalam Sunan al-Kubra, Riwayat al-Dailami dalam Musnad al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6768].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.