Janganlah kalian mensyirikkan Allah dengan sesuatu apapun sekalipun kalian dikerat-kerat, dibakar ataupun dibunuh

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

لا تشركوا بالله شيئا وإن قطعتم أو حرقتم أو قتلتم. ولا تتركوا الصلاة المكتوبة متعمدين، فمن تركها متعمدا؛ فقد خرج من الملة. ولا تركبوا المعصية؛ فإنها من سخط الله. ولا تشربوا الخمر؛ فإنها رأس الخطايا كلها. ولا تفروا من القتل والموت وإن كنتم فيه. ولا تعصين والديك، وإن أمراك أن تخرج من الدنيا كلها، فاخرج. ولا تضع عصاك عن أهلك؛ وأنصفهم من نفسك.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Janganlah kalian mensyirikkan Allah dengan sesuatu apapun sekalipun kalian dikerat-kerat, dibakar ataupun dibunuh; janganlah kalian tinggalkan solat fardu dengan sengaja, kerana sesiapa yang meninggalkannya dengan sengaja maka dia telah keluar dari agama; janganlah kalian bermaksiat, kerana ia adalah daripada kemurkaan Allah; janganlah kalian minum arak, kerana ia adalah kepala dosa sekaliannya; janganlah kalian lari daripada peperangan dan kematian sekalipun kalian berada di dalamnya; janganlah derhaka terhadap ibu bapamu, dan sekiranya mereka menyuruh kamu untuk keluar daripada dunia seluruhnya, maka keluarlah; janganlah memukul isterimu, tetapi berlaku adillah terhadap mereka dengan dirimu.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 330, hadis nombor 1734. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر بهذا السياق) عن عبادة بن الصامت – رضي الله عنه -، قال: أوصاني رسول الله – صلى الله عليه وسلم – بسبع خصال، قال: ((لا تشركوا بالله شيئا وإن قطعتم أو حرقتم أو قتلتم. ولا تتركوا الصلاة المكتوبة متعمدين، فمن تركها متعمدا؛ فقد خرج من الملة. ولا تركبوا المعصية؛ فإنها من سخط الله. ولا تشربوا الخمر؛ فإنها رأس الخطايا كلها. ولا تفروا من القتل والموت وإن كنتم فيه. ولا تعصين والديك، وإن أمراك أن تخرج من الدنيا كلها، فاخرج. ولا تضع عصاك عن أهلك؛ وأنصفهم من نفسك)). [تخ، ابن نصر ((الصلاة))، ابن عبد الحكم في ((فتوح مصر))، ابن أبي حاتم في ((تفسيره))، طب، ((الضعيفة)) (5991)].

(Munkar dengan konteks ini) Daripada ‘Ubadah bin al-Samit RA, beliau berkata, Rasulullah ﷺ telah mewasiatkan kepadaku dengan tujuh perkara: “Janganlah kalian mensyirikkan Allah dengan sesuatu apapun sekalipun kalian dikerat-kerat, dibakar ataupun dibunuh; janganlah kalian tinggalkan solat fardu dengan sengaja, kerana sesiapa yang meninggalkannya dengan sengaja maka dia telah keluar dari agama; janganlah kalian bermaksiat, kerana ia adalah daripada kemurkaan Allah; janganlah kalian minum arak, kerana ia adalah kepala dosa sekaliannya; janganlah kalian lari daripada peperangan dan kematian sekalipun kalian berada di dalamnya; janganlah derhaka terhadap ibu bapamu, dan sekiranya mereka menyuruh kamu untuk keluar daripada dunia seluruhnya, maka keluarlah; janganlah memukul isterimu, tetapi berlaku adillah terhadap mereka dengan dirimu.” [Riwayat al-Bukhari dalam al-Tarikh, Ibn Nasr dalam al-Salah, Ibn ‘Abd al-Hakam dalam Futuh Misr, Ibn Abi Hatim dalam Tafsirnya dan al-Tabarani dalam al-Mu‘jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5991].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.