Janganlah kalian mensyirikkan Allah dengan apapun walaupun kalian dicincang atau dibakar atau dibunuh

TEKS BAHASA ARAB

لا تشركوا بالله شيئا وإن قطعتم أو حرقتم أو قتلتم: ولا تتركوا الصلاة المكتوبة متعمدين، فمن تركها متعمدا؛ فقد خرج من الملة. ولا تركبوا المعصية؛ فإنها من سخط الله. ولا تشربوا الخمر؛ فإنها رأس الخطايا كلها. ولا تفروا من القتل والموت وإن كنتم فيه. ولا تعصين والديك، وإن أمراك أن تخرج من الدنيا كلها؛ فاخرج. ولا تضع عصاك عن أهلك؛ وأنصفهم من نفسك.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Janganlah kalian mensyirikkan Allah dengan apapun walaupun kalian dicincang atau dibakar atau dibunuh. Dan janganlah kalian tinggalkan solat yang wajib secara sengaja. Maka sesiapa yang meninggalkannya secara sengaja, sungguh dia telah keluar dari agama. Dan jangan kalian melakukan kemaksiatan, kerana sesungguhnya ia (membawa) kemurkaan Allah. Dan jangan kalian minum arak, kerana sesungguhnya ia merupakan punca segala kejahatan. Dan jangan kalian lari daripada peperangan dan kematian meskipun kalian berada di dalamnya. Dan janganlah engkau derhaka kepada kedua ibubapamu, sekiranya mereka berdua menyuruhmu keluar daripada dunia sepenuhnya, maka keluarlah. Dan jangan engkau memukul ahli keluargamu, dan berlaku adillah kamu kepada mereka.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 528, hadis nombor 2799. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر بهذا السياق) عن عبادة بن الصامت -رضي الله عنه- قال: أوصاني رسول الله صلى الله عليه وسلم بسبع خصال، قال: «لا تشركوا بالله شيئا وإن قطعتم أو حرقتم أو قتلتم: ولا تتركوا الصلاة المكتوبة متعمدين، فمن تركها متعمدا؛ فقد خرج من الملة. ولا تركبوا المعصية؛ فإنها من سخط الله. ولا تشربوا الخمر؛ فإنها رأس الخطايا كلها. ولا تفروا من القتل والموت وإن كنتم فيه. ولا تعصين والديك، وإن أمراك أن تخرج من الدنيا كلها؛ فاخرج. ولا تضع عصاك عن أهلك؛ وأنصفهم من نفسك».
[تخ، ابن نصر في «الصلاة»، ابن عبد الحكم في «فتوح مصر»، ابن أبي حاتم، طب، «الضعيفة»، (5991)].

(Munkar dengan lafaz ini) Daripada Ubadah bin al-Somit RA, beliau berkata: Rasulullah SAW berwasiat kepadaku dengan tujuh perkara. Janganlah kalian mensyirikkan Allah dengan apapun walaupun kalian dicincang atau dibakar atau dibunuh. Dan janganlah kalian tinggalkan solat yang wajib secara sengaja. Maka sesiapa yang meninggalkannya secara sengaja, sungguh dia telah keluar dari agama. Dan jangan kalian melakukan kemaksiatan, kerana sesungguhnya ia (membawa) kemurkaan Allah. Dan jangan kalian minum arak, kerana sesungguhnya ia merupakan punca segala kejahatan. Dan jangan kalian lari daripada peperangan dan kematian meskipun kalian berada di dalamnya. Dan janganlah engkau derhaka kepada kedua ibubapamu, sekiranya mereka berdua menyuruhmu keluar daripada dunia sepenuhnya, maka keluarlah. Dan jangan engkau memukul ahli keluargamu, dan berlaku adillah kamu kepada mereka.
[Riwayat al-Bukhārī dalam Kitab al-Tārikh, Ibn Naṣr dalam kitab al-Ṣalāt, Ibn ‘Abd al-Ḥakam dalam kitab Futūḥ Miṣr, Ibn Abī Ḥātim dalam kitab Tafsirnya, al-Ṭabarānī kitab al-Mu‘jam al-Kabīr. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5991]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs