Janganlah kalian menjadikan aku seperti sebuah bekas penunggang

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

لا تجعلوني كقدح الراكب، يملأ قدحه، فإذا فرغ، وعلق معاليقه، فإن كان له في الشراب حاجة، أو الوضوء، وإلا؛ أهراق القدح. -أحسبه قال:- فاذكروني في أول الدعاء، وفي وسطه، وفي آخر الدعاء.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Janganlah kalian menjadikan aku seperti sebuah bekas penunggang, memenuhkan bekasnya, lalu apabila dia selesai, dia menggantungkannya. Sekiranya dia mempunyai hajat untuk minum atau berwuduk, dan sekiranya tidak dia akan membuang air di dalam bekas tersebut. (Aku menyangka) Baginda menyatakan: Maka, ingatlah aku pada permulaan doa, pertengahannya dan juga pada akhir doa.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1543, hadis nombor 7836. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن جابر بن عبد الله -رضي الله عنهما-، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((لا تجعلوني كقدح الراكب، يملأ قدحه، فإذا فرغ، وعلق معاليقه، فإن كان له في الشراب حاجة، أو الوضوء، وإلا؛ أهراق القدح. -أحسبه قال:- فاذكروني في أول الدعاء، وفي وسطه، وفي آخر الدعاء)). [عب، عبد بن حميد، ابن أبي عاصم في ((الصلاة على النبي))، البزار، عق، هب، أبو القاسم الأصبهاني، أبو حفص المؤدب في ((المنتقى من حديث محمد بن إسماعيل الفارسي))، القضاعي، ((الضعيفة)) (5783)]

(Munkar)
Daripada Jābir bin ‘Abdillah RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Janganlah kalian menjadikan aku seperti sebuah bekas penunggang, memenuhkan bekasnya, lalu apabila dia selesai, dia menggantungkannya. Sekiranya dia mempunyai hajat untuk minum atau berwuduk, dan sekiranya tidak dia akan membuang air di dalam bekas tersebut. (Aku menyangka) Baginda menyatakan: Maka, ingatlah aku pada permulaan doa, pertengahannya dan juga pada akhir doa.
[Riwayat ‘Abd al-Razzāq dalam al-Muṣannaf, ‘Abd bin Ḥumaid dalam al-Muntakhab min al-Musnad, Ibn Abī ‘Āṣim dalam al-Ṣalāh ‘alā al-Nabī, al-Bazzār dalam al-Musnad, al-‘Uqailī dalam al-Ḍu‘afā’ al-Kabīr, al-Baihaqī dalam Shu‘ab al-Īmān, Abū al-Qāsim al-Aṣbahānī dalam al-Targhīb wa al-Tarhīb, Abū Ḥafṣ al-Muaddib dalam al-Muntaqā min Ḥadīth Muḥammad bin Ismā‘īl al-Fārisī, al-Quḍā‘ī dalam Musnad al-Shihāb. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5783]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.