Janganlah kalian meninggalkan usaha untuk mendapatkan anak

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

لا يدع أحدكم طلب الولد؛ فإن الرجل إذا مات وليس له ولد انقطع اسمه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Janganlah kalian meninggalkan usaha untuk mendapatkan anak. Sesungguhnya apabila salah seorang dari kalian meninggal dunia tetapi tidak meninggalkan anak, nescaya terputuslah namanya (daripada disebutkan orang).

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 965, hadis nombor 4979. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر)
عن ابن عمر – رضي الله عنهما – قال: أخبرتني حفصة أن النبي ﷺ قال: لا يدع أحدكم طلب الولد، فإن أحدكم إذا مات وليس له ولد انقطع اسمه.
[طب، ((الضعيفة)) 6069].

(Munkar)
Daripada Ibn ‘Umar RA dia berkata, Hafsah RA telah menceritakan kepadaku bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Janganlah kalian meninggalkan usaha untuk mendapatkan anak. Sesungguhnya apabila salah seorang dari kalian meninggal dunia tetapi tidak meninggalkan anak, nescaya terputuslah namanya (daripada disebutkan orang).
[Riwayat al-Tabrani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 6069].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.