Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لا يَدَعْ أَحَدُكُمْ طَلَبَ الْوَلَدِ؛ فَإِنَّ الرَّجُلَ إِذَا مَاتَ وَلَيْسَ لَهُ وَلَدٌ انْقَطَعَ اسْمُهُ.
Teks Bahasa Melayu
Janganlah kalian meninggalkan usaha untuk mendapatkan anak. Sesungguhnya apabila salah seorang dari kalian meninggal dunia tetapi tidak meninggalkan anak, nescaya terputuslah namanya (daripada disebutkan orang).
Sahabat Perawi
- Hafsah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 965, hadis no. 4979. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن ابن عمر – رضي الله عنهما – قال: أخبرتني حفصة أن النبي ﷺ قال: لا يدع أحدكم طلب الولد، فإن أحدكم إذا مات وليس له ولد انقطع اسمه. [طب، ((الضعيفة)) 6069].
(Munkar) Daripada Ibn ‘Umar RA dia berkata, Hafsah RA telah menceritakan kepadaku bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Janganlah kalian meninggalkan usaha untuk mendapatkan anak. Sesungguhnya apabila salah seorang dari kalian meninggal dunia tetapi tidak meninggalkan anak, nescaya terputuslah namanya (daripada disebutkan orang). [Riwayat al-Tabrani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 6069].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman