Janganlah kalian meninggalkan dua rakaat sebelum solat fajar

TEKS BAHASA ARAB

لا تدعوا الركعتين اللتين قبل صلاة الفجر؛ فإن فيهما الرغائب.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Janganlah kalian meninggalkan dua rakaat sebelum solat fajar, kerana sesungguhnya pada keduanya terdapat dorongan-dorongan.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 316, hadis nombor 1664. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat ringkas tentang hadis Abdullah bin Umar RA ini yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن ابن عمر –رضي الله عنهما-  قال: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: ((لا تدعوا الركعتين اللتين قبل صلاة الفجر؛ فإن فيهما الرغائب)).
[ طب، ابن ثرثال في ((سداسياته))، ((الضعيفة)) (5051) ].

(Lemah) Dari Ibn ‘Umar RA, dia berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: Janganlah kalian meninggalkan dua rakaat sebelum solat fajar, kerana sesungguhnya pada keduanya terdapat dorongan-dorongan.
[Diriwayatkan oleh Al-Tabarani dalam Kitab al-Mu’jam al-Kabir, Ibn Tharthal dalam Kitab al-Sudasiyat, lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5051].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs