Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لا تسُبوا الأئمةَ، وادعوا لهم بالصلاحِ؛ فإنَّ صلاحَهم لكم صلاحٌ.
Teks Bahasa Melayu
Janganlah kalian mengutuk para pemimpin, doakanlah bagi mereka kebaikan, kerana sesungguhnya kebaikan bagi mereka ialah kebaikan bagi kalian juga.
Sahabat Perawi
- Abu Umamah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 842, hadis no. 4319. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن أبي أمامة -رضي الله عنه- مرفوعا: ((لا تسبوا الأئمة، وادعوا لهم بالصلاح؛ فإن صلاحهم لكم صلاح)). [أبو سعد عبد الرحمن البصري في ((جزء من الأمالي))، طس، ((الضعيفة)) (4778)]
(Sangat Lemah) Daripada Abū Umamah RA secara marfū’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Janganlah kalian mengutuk para pemimpin, doakanlah bagi mereka kebaikan, kerana sesungguhnya kebaikan bagi mereka ialah kebaikan bagi kalian juga. [Riwayat Abū Sa’d ‘Abd al-Raḥmān al-Baṣrī dalam Juz min al-Amālī dan al-Ṭabarānī dalam al-Mu’jam al-Awsaṭ. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 4778]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman