TEKS BAHASA ARAB
لا تكرعوا، ولكن اغسلوا أيديكم ثم اشربوا فيها، فإنه ليس إناء أطيب من اليد.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Janganlah kalian menghirup terus, tetapi basuhlah tangan-tangan kalian kemudian minumlah darinya kerana sesungguhnya tidak ada bekas yang lebih baik daripada tangan.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 400, hadis nombor 2141. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن ابن عمر – رضي الله عنهما -، قال: مررنا على بركة فجعلنا نكرع فيها، فقال رسول الله ﷺ: «لا تكرعوا، ولكن اغسلوا أيديكم ثم اشربوا فيها، فإنه ليس إناء أطيب من اليد». [هـ، المخلص في «الفوائد»، ابن أبي حاتم في «العلل»، هب، «الضعيفة» (2845)].
(Lemah) Daripada Ibn Umar RA, beliau berkata: Kami melintasi sebuah kolam lalu kami mula menghirup terus darinya, maka Rasulullah ﷺ bersabda: "Janganlah kalian menghirup terus, tetapi basuhlah tangan-tangan kalian kemudian minumlah darinya kerana sesungguhnya tidak ada bekas yang lebih baik daripada tangan". [Riwayat Ibnu Majah dalam Sunannya, al-Mukhlis dalam al-Fawa'id, Ibnu Abi Hatim dalam al-‘Ilal, al-Bayhaqi dalam Shu’ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2845].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.