TEKS BAHASA ARAB
لا تسبوا ماعزا. يعني: بعد أن رجم.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Janganlah kalian menghina Ma’iz (akibat perbuatannya berzina), setelah dia direjam (kerana dia telah bertaubat).
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 795, hadis nombor 4092. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف)
عن أبي الفيل رضي الله عنه قال: قال رسول الله ﷺ: لا تسبوا ماعزاً. يعني: بعد أن رجم.
[البزار، (الضعيفة) (4133)]
(Lemah)
Daripada Abi al-Fil RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Janganlah kalian menghina Ma’iz (akibat perbuatannya berzina), setelah dia direjam (kerana dia telah bertaubat).
[Riwayat al-Bazzar dalam al-Musnad. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4133]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.