Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لا تسُبُّوا ماعزًا. يعني: بعد أن رُجمَ.
Teks Bahasa Melayu
Janganlah kalian menghina Ma'iz (akibat perbuatannya berzina), setelah dia direjam (kerana dia telah bertaubat).
Sahabat Perawi
- Abu al-Fil RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 795, hadis no. 4092. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي الفيل رضي الله عنه قال: قال رسول الله ﷺ: لا تسبوا ماعزاً. يعني: بعد أن رجم. [البزار، (الضعيفة) (4133)]
(Lemah) Daripada Abi al-Fil RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Janganlah kalian menghina Ma'iz (akibat perbuatannya berzina), setelah dia direjam (kerana dia telah bertaubat). [Riwayat al-Bazzar dalam al-Musnad. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4133]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman