Classification icon

Terdapat perawi pemalsu hadis pada sanadnya

30/06/2024

minit bacaan


Kongsi di Twitter
Kongsi di Facebook
Kongsi di WhatsApp
Kongsi di Telegram
Salin pautan
Hasilkan poster hadis

Janganlah kalian mendekati orang Yahudi dan Nasrani di tempat ibadah mereka

Teks Bahasa Arab

لَا تَقْرَبُوا الْيَهُودَ وَالنَّصَارَى فِي أَعْيَادِهِمْ فَإِنَّ السَّخْطَةَ تَنْزِلُ عَلَيْهِمْ.

Teks Bahasa Melayu

Janganlah kalian mendekati orang Yahudi dan Nasrani di tempat ibadah mereka. Ini kerana kemurkaan Allah turun ke atas mereka.

Sahabat Perawi

  1. Anas bin Malik RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. al-Fattanī (m. 986H)

Status

Terdapat perawi pemalsu hadis pada sanadnya

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 120. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

أنس «لَا تَقْرَبُوا الْيَهُودَ وَالنَّصَارَى فِي أَعْيَادِهِمْ فَإِنَّ السَّخْطَةَ تَنْزِلُ عَلَيْهِمْ» فِيهِ أَحْمَدُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ الْوَاضِعُ: فِي الْمُخْتَصر «إِنَّ الْبُقَعَ الَّتِي يَجْتَمِعُ فِيهَا النَّاسُ إِمَّا أَنْ تَلْعَنَهُمْ إِذَا تَفَرَّقُوا أَوْ لَمْ تَسْتَغْفِرْ لَهُمْ» لم يُوجد وَالله أعلم.

Daripada Anas RA: “Janganlah kalian mendekati orang Yahudi dan Nasrani di tempat ibadah mereka. Ini kerana kemurkaan Allah turun ke atas mereka.” Dalam sanadnya terdapat Ahmad Bin Ibrahim. Beliau adalah seorang pemalsu hadith. Dalam kitab Al-Mukhtasar menyebut: “Sesungguhnya kawasan yang mana orang ramai berkumpul sama adalah engkau melaknat mereka apabila mereka bersurai atau engkau memohon ampun untuk mereka.” Sumber hadith ini tidak dijumpai asalnya.

Rujukan

Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī al-Fattanī. (1343). Taẓkirah al-Mawḍū’āt. Idārah al-Ṭibā‘ah al-Munīrah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.