TEKS BAHASA ARAB
لا تقبحوا الوجه؛ فإن ابن آدم خلق على صورة الرحمن عز وجل.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Janganlah kalian mencela wajah, kerana sesungguhnya anak Adam itu dicipta daripada gambaran Yang Maha Pengasih Azzawajalla.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 454, hadis nombor 2433. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن ابن عمر – رضي الله عنهما – مرفوعا: «لا تُقَبِّحُوا الوَجْهَ، فإن ابنَ آدمَ خُلِقَ على صورةِ الرحمنِ عز وجل». [الآجري في «الشريعة»، ابن خزيمة في «التوحيد»، طب، الدارقطني في كتاب «الصفات»، البيهقي في «الأسماء والصفات»، «الضعيفة» (1176)].
(Lemah) Daripada Ibn ‘Umar RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi ﷺ): “Janganlah kalian mencela wajah, kerana sesungguhnya anak Adam itu dicipta daripada gambaran Yang Maha Pengasih Azzawajalla.” [Riwayat al-Ajurri dalam al-Shari’ah, Ibn Khuzaymah dalam al-Tawhid, al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir, al-Daraqutni dalam al-Sifat dan al-Bayhaqi dalam al-Asma’ wa al-Sifat. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1176].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.