Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Janganlah kalian mencela wajah, kerana sesungguhnya anak Adam itu dicipta daripada gambaran Yang Maha Pengasih Azzawajalla

Teks Bahasa Arab

لا تُقَبِّحُوا الوَجْهَ، فإن ابنَ آدمَ خُلِقَ على صورةِ الرحمنِ عز وجل.

Teks Bahasa Melayu

Janganlah kalian mencela wajah, kerana sesungguhnya anak Adam itu dicipta daripada gambaran Yang Maha Pengasih Azzawajalla.

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin Umar RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 454, hadis no. 2433.

(ضعيف) عن ابن عمر - رضي الله عنهما - مرفوعا: «لا تُقَبِّحُوا الوَجْهَ، فإن ابنَ آدمَ خُلِقَ على صورةِ الرحمنِ عز وجل». [الآجري في «الشريعة»، ابن خزيمة في «التوحيد»، طب، الدارقطني في كتاب «الصفات»، البيهقي في «الأسماء والصفات»، «الضعيفة» (1176)].

(Lemah) Daripada Ibn 'Umar RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi ﷺ): “Janganlah kalian mencela wajah, kerana sesungguhnya anak Adam itu dicipta daripada gambaran Yang Maha Pengasih Azzawajalla.” [Riwayat al-Ajurri dalam al-Shari’ah, Ibn Khuzaymah dalam al-Tawhid, al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir, al-Daraqutni dalam al-Sifat dan al-Bayhaqi dalam al-Asma’ wa al-Sifat. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1176].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.