Janganlah kalian mencela orang-orang Mudhar kerana mereka telah memeluk Islam

TEKS BAHASA ARAB

لا تسبوا مضر ؛ فإنه كان قد أسلم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Janganlah kalian mencela Mudhar kerana dia telah memeluk Islam.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1882, hadis nombor 9479. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عبد الله بن خالد مرفوعًا: “لا تَسُبُّوا مُضَرَ؛ فإنّه كان قد أَسْلَمَ”. [ ابن سعد، ((الضعيفة)) (4780)]

(Lemah) Daripada Abdullah bin Khalid secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): “Janganlah kalian mencela Mudhar kerana dia telah memeluk Islam.” [Riwayat Ibn Sa’ad. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no.4780]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.