Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لا تَسُبُّوا مُضَرَ؛ فإنّه كان قد أَسْلَمَ.
Teks Bahasa Melayu
Janganlah kalian mencela orang-orang Mudhar kerana mereka telah memeluk Islam.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Khalid RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1882, hadis no. 9479. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن عبد الله بن خالد مرفوعًا: "لا تَسُبُّوا مُضَرَ؛ فإنّه كان قد أَسْلَمَ". [ ابن سعد، ((الضعيفة)) (4780)]
(Lemah) Daripada Abdullah bin Khalid secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): “Janganlah kalian mencela orang-orang Mudhar kerana mereka telah memeluk Islam." [Riwayat Ibn Sa’ad. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no.4780]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman