Janganlah kalian mencampakkan permata ke mulut anjing

TEKS BAHASA ARAB

حديث: لا تطرحوا الدر في أفواه الكلاب يعني: العلم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Janganlah kalian mencampakkan permata ke dalam mulut-mulut anjing. Yang dimaksudkan adalah ilmu.

STATUS

Sangat Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 274, hadis nombor 7. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه الخطيب عن أنس مرفوعا. وفي لفظ: لا تعلقوا الدر في أعناق الخنازير. قال ابن حبان: في إسناده يحيى بن عقبة بن أبي العيزار، وهو يروى الموضوعات. وقال الدراقطني: ليس بثقة. وقد أخرج نحوه ابن ماجه في سننه، من غير طريق يحيى المذكور بلفظ: طلب العلم فريضة على كل مسلم، وواضع العلم عند غير أهله كمقلد الخنازير الجواهر، واللؤلؤ، والذهب. ورواه الخليلي من غير طريقه أيضا، وكلهم عن أنس مرفوعا. ورواه الخطيب عن كعب. قال: اطلبوا العلم لله، وتواضعوا، ثم ضعوه في أهله. فإنه قال بعض الأنبياء: لا تلقوا دركم في أفواه الخنازير – يعنى: العلم. وبالجملة فالحديث ليس بموضوع. ومن جعله في الموضوعات فقد أخطأ.

Al-Khatib meriwayatkan daripada Anas secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi). Dan dalam lafaz yang lain, "janganlah kamu menggantungkan permata di tengkuk-tengkuk babi." Ibn Hibban berkata: "Pada sanad hadith ini ada perawi bernama Yahya bin Uqbah bin Abi al-‘Izar yang mana dia meriwayatkan daripada perawi-perawi hadith palsu".Al-Daraqutni berkata, "Dia bukan perawi yang dipercayai". Ibnu Majah meriwayatkan hadith sepertinya di dalam kitab sunannya, bukan melalui jalan perawi Yahya yang disebutkan tadi, akan tetapi dengan lafaz, "menuntut ilmu adalah fardhu kepada setiap muslim, meletakkan ilmu bukan pada ahlinya adalah seumpama menggantungkan babi-babi dengan permata, mutiara dan emas". Al-Khalili meriwayatkan daripada jalan selainnya, yang mana kesemuanya bertemu pada sanadnya dengan sahabat Nabi, Anas, secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi). Al-Khatib meriwayatkan daripada Ka’ab berkata, "tuntutlah ilmu kerana Allah SWT, tawaduklah kemudian ajarlah kepada ahlinya, sesungguhnya sebahagian para Nabi berkata, "janganlah kamu membuang permatamu dalam mulut-mulut khinzir – maksudnya ilmu". Secara keseluruhannya, hadith ini bukanlah palsu, sesiapa yang memasukkan ia dalam kategori hadith palsu maka ia tersalah.

RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs