Janganlah kalian memukul hamba-hamba perempuan kalian kerana memecahkan bekas kalian

TEKS BAHASA ARAB

لا ‌تضربوا ‌إماءكم على كسر إنائكم، فإن لها آجالا كآجال الناس.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Janganlah kalian memukul hamba-hamba perempuan kalian kerana memecahkan bekas kalian. Sesungguhnya ia(bekas) juga memiliki tempoh waktu sebagaimana ajal-ajal manusia.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 585, hadis nombor 3006. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن أنس –رضي الله عنه-، قال: قال صلى الله عليه وسلم: ((لا ‌تضربوا ‌إماءكم على كسر إنائكم؛ فإن لها آجالاً كآجال الناس)). [ابن حبان في ((الضعفاء)) – معلقاً، ابن الجوزي في ((العلل))، ((الضعيفة)) (6840)].

(Munkar) Daripada Anas RA berkata: (Rasulullah) SAW bersabda: Janganlah kalian memukul hamba-hamba perempuan kalian kerana memecahkan bekas kalian. Sesungguhnya ia(bekas) juga memiliki tempoh waktu sebagaimana ajal-ajal manusia. [Riwayat Ibn Hibban dalam kitab al-Du’afa’ secara Mu’allaq, Riwayat Ibn al-Jauzi dalam al-‘Ilal. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6840].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs