Janganlah kalian memukul hamba-hamba perempuan kalian kerana memecahkan bekas-bekas kalian

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

لا تضربوا إماءكم على كسر إنائكم، فإن لها آجالا كآجال الناس.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Janganlah kalian memukul hamba-hamba perempuan kalian kerana memecahkan bekas-bekas kalian, kerana dia juga mempunyai ajal seperti ajal manusia lain.

STATUS

Dusta

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 451, hadis nombor 2414. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(كذب) عن كعب بن عجزة – رضي الله عنه – مرفوعا: «لا تضربوا إماءكم على كسر إنائكم، فإن لها آجالا كآجال الناس». [حل، «الضعيفة» (938)].

(Dusta) Daripada Ka’b bin ‘Ujrah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi ﷺ): “Janganlah kalian memukul hamba-hamba perempuan kalian kerana memecahkan bekas-bekas kalian, kerana dia juga mempunyai ajal seperti ajal manusia lain.” [Riwayat Abu Nu’aym dalam Hilyah al-Awliya’. Lihat Silsilah Da’ifah, no. 938].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.