Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لا تُكثِروا الكلامَ عند مُجامعةِ النِّساءِ، فإنَّ منهُ يكونُ الخرَسُ والفأفأةُ.
Teks Bahasa Melayu
Janganlah kalian memperbanyakkan kata-kata ketika sedang menyetubuhi isteri kalian. Kerana perbuatan tersebut akan menyebabkan bisu dan gagap.
Sahabat Perawi
- Qabisah bin Zuaib
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 914, hadis no. 4680. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن قبيصة بن ذؤيب أن رسول الله -صلى الله عليه وسلم- قال: لا تكثروا الكلام عند مجامعة النساء، فإن منه يكون الخرس والفأفأة. [ابن عساكر، الضعيفة (197)].
(Sangat Lemah) Daripada Qabisah bin Zuaib bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Janganlah kalian memperbanyakkan kata-kata ketika sedang menyetubuhi isteri kalian. Kerana perbuatan tersebut akan menyebabkan bisu dan gagap. [Riwayat Ibn ‘Asakir dalam Tarikh Dimashq. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 197].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman