Janganlah kalian melupakan dua perkara besar

TEKS BAHASA ARAB

لا تنسوا العظيمين. قلنا: وما العظيمان؟ قال: الجنة والنار. ثم بكى حتى جرى – أو قال: بل – دموعه ما بين لحييه، ثم قال: والذي نفسي بيده! لو تعلمون ما أعلم من علم الآخرة، لخرجتم إلى الصعدات، فلحثوتم على رؤوسكم التراب.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Janganlah kalian melupakan dua perkara besar. Kami bertanya: Apakah dua perkara besar itu? Baginda menjawab: Syurga dan neraka. Kemudian baginda menangis sehingga mengalir -atau (perawi) berkata: Membasahi- air mata baginda di antara dua belahan janggutnya, kemudian baginda berkata: Demi Zat yang jiwaku berada di dalam genggaman-Nya! Sekiranya kalian mengetahui apa yang aku ketahui daripada perkara akhirat, nescaya kalian pasti akan keluar menuju ke tempat-tempat tinggi, lalu kalian mencurahkan debu ke atas kepala kalian.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2065 hadis nombor 10374. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن ابن عمر – رضي الله عنهما -، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: لا تنسوا العظيمين. قلنا: وما العظيمان؟ قال: الجنة والنار. ثم بكى حتى جرى – أو قال: بل – دموعه ما بين لحييه، ثم قال: والذي نفسي بيده! لو تعلمون ما أعلم من علم الآخرة، لخرجتم إلى الصعدات، فلحثوتم على رؤوسكم التراب.
[تخ، أبو يعلى في ((مسنده الكبير))، الدولابي، ((الضعيفة)) (6898)]

(Lemah)
Daripada Ibn ‘Umar RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Janganlah kalian melupakan dua perkara besar. Kami bertanya: Apakah dua perkara besar itu? Baginda menjawab: Syurga dan neraka. Kemudian baginda menangis sehingga mengalir -atau (perawi) berkata: Membasahi- air mata baginda di antara dua belahan janggutnya, kemudian baginda berkata: Demi Zat yang jiwaku berada di dalam genggaman-Nya! Sekiranya kalian mengetahui apa yang aku ketahui daripada perkara akhirat, nescaya kalian pasti akan keluar menuju ke tempat-tempat tinggi, lalu kalian mencurahkan debu ke atas kepala kalian.
[Riwayat al-Bukhārī dalam al-Tārīkh, Abū Ya’lā dalam al-Musnad al-Kabīr dan al-Dūlābī dalam al-Kunā. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6898]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs