Janganlah kalian lupa kepada dua perkara yang besar

TEKS BAHASA ARAB

لا تنسوا العظيمين. قلنا: وما العظيمان؟ قال: الجنة والنار. ثم بكى حتى جرى أو قال: بل دموعه ما بين لحييه ثم قال: والذي نفسي بيده! لو تعلمون ما أعلم من علم الآخرة لخرجتم إلى الصعدات فلحثوتم على رؤوسكم التراب.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Janganlah kalian lupa kepada dua perkara yang besar. Kami bertanya: Apakah dua perkara yang besar itu? Baginda menjawab: Syurga dan neraka. Kemudian Baginda menangis sehingga air mata membasahi janggut Baginda. Kemudian Baginda bersabda: Demi Zat yang jiwaku di tangan-Nya, kalaulah kalian mengetahui apa yang aku ketahui berkenaan ilmu akhirat, kalian akan pergi ke pergunungan dan melumurkan tanah ke kepala kalian.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1122, hadis nombor 5667. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن ابن عمر رضي الله عنهما، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: لا تنسوا العظيمين. قلنا: وما العظيمان؟ قال: الجنة والنار. ثم بكى حتى جرى أو قال: بل دموعه ما بين لحييه ثم قال: والذي نفسي بيده لو تعلمون ما أعلم من علم الآخرة لخرجتم إلى الصعدات فلحثوتم على رؤوسكم التراب. [تخ، أبو يعلى في مسنده الكبير، الدولابي، الضعيفة (6898)].

(Lemah) Daripada Ibn ‘Umar RA, beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda: Janganlah kalian lupa kepada dua perkara yang besar. Kami bertanya: Apakah dua perkara yang besar itu? Baginda menjawab: Syurga dan neraka. Kemudian Baginda menangis sehingga air mata membasahi janggut Baginda. Kemudian Baginda bersabda: Demi Zat yang jiwaku di tangan-Nya, kalaulah kalian mengetahui apa yang aku ketahui berkenaan ilmu akhirat, kalian akan pergi ke pergunungan dan melumurkan tanah ke kepala kalian. [Riwayat al-Bukhari dalam al-Tarikh, riwayat Abu Ya‘la dalam al-Musnad al-Kabir, riwayat al-Dawlabi dalam al-Asma’ wa al-Kuna. Lihat Silsilah al-Dha‘ifah, no. 6898]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.