Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لَا تَنْسَوْا الْعَظِيمَينِ. قُلْنَا: "وَمَا الْعَظِيمَانِ؟" قال :الْجَنَّةُ وَالنَّارُ ثُمَّ بَكَى حَتَّى جَرَى – أَوْ قَالَ : بَلْ – دُمُوعُهُ مَا بَيْنَ لَحْيَيْهِ ، ثُمَّ قَالَ : وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ لَوْ تَعْلَمُونَ مَا أَعْلَمُ مِنْ عِلْمِ الْآخِرَةِ لَخَرَجْتُمْ إِلَى الصُّعُدَاتِ فَلَحَثَوتُمْ عَلَى رُؤُوسِكمُ التُّرَابَ.
Teks Bahasa Melayu
Janganlah kalian lupa kepada dua perkara yang besar. Kami bertanya: Apakah dua perkara yang besar itu? Baginda menjawab: Syurga dan neraka. Kemudian Baginda menangis sehingga air mata membasahi janggut Baginda. Kemudian Baginda bersabda: Demi Zat yang jiwaku di tangan-Nya, kalaulah kalian mengetahui apa yang aku ketahui berkenaan ilmu akhirat, kalian akan pergi ke pergunungan dan melumurkan tanah ke kepala kalian.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Umar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1122, hadis no. 5667. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن ابن عمر رضي الله عنهما، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: لا تنسوا العظيمين. قلنا: وما العظيمان؟ قال: الجنة والنار. ثم بكى حتى جرى أو قال: بل دموعه ما بين لحييه ثم قال: والذي نفسي بيده لو تعلمون ما أعلم من علم الآخرة لخرجتم إلى الصعدات فلحثوتم على رؤوسكم التراب. [تخ، أبو يعلى في مسنده الكبير، الدولابي، الضعيفة (6898)].
(Lemah) Daripada Ibn ‘Umar RA, beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda: Janganlah kalian lupa kepada dua perkara yang besar. Kami bertanya: Apakah dua perkara yang besar itu? Baginda menjawab: Syurga dan neraka. Kemudian Baginda menangis sehingga air mata membasahi janggut Baginda. Kemudian Baginda bersabda: Demi Zat yang jiwaku di tangan-Nya, kalaulah kalian mengetahui apa yang aku ketahui berkenaan ilmu akhirat, kalian akan pergi ke pergunungan dan melumurkan tanah ke kepala kalian. [Riwayat al-Bukhari dalam al-Tarikh, riwayat Abu Ya‘la dalam al-Musnad al-Kabir, riwayat al-Dawlabi dalam al-Asma’ wa al-Kuna. Lihat Silsilah al-Dha‘ifah, no. 6898]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman