Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لا ترقدوا في مسجدي هذا، فخرج الناس، وخرج علي رضي الله عنه، فقال لعلي: [ارجع] فقد أحل لك فيه ما أحل لي، كأني بك تذودهم على الحوض، وفي يدك عصا عوسج.
Teks Bahasa Melayu
Janganlah kalian duduk dalam masjidku ini. Lalu orang-orang tersebut telah keluar. ‘Ali RA juga turut keluar lalu baginda berkata kepada ‘Ali: Kembalilah, Telah halal buatmu padanya apa yang telah dihalalkan buat-ku. Seolah-olah aku menjaga mereka terhadap telaga Hawd dengan-mu sedang pada tangan-mu terdapat batang rotan dari pohon ‘Awsaj.
Sahabat Perawi
- Jabir RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 316, hadis no. 1665. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Sangat munkar) Dari Jabir bin ‘Abdillah RA, dia berkata: Rasulullah SAW telah mengeluarkan beberapa orang dari masjid sambil berkata: Janganlah kalian duduk dalam masjidku ini. Lalu orang-orang tersebut telah keluar. ‘Ali RA juga turut keluar lalu baginda berkata kepada ‘Ali: Kembalilah, telah halal buatmu padanya apa yang telah dihalalkan buat-ku. Seolah-olah aku menjaga mereka terhadap telaga Hawd dengan-mu sedang pada tangan-mu terdapat batang rotan dari pohon ‘Awsaj. [Riwayat Ibn Shabah dalam Kitab Tarikh al-Madinah, lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5487]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman