Janganlah kalian berwuduk dalam tandas yang kalian kencing di dalamnya

TEKS BAHASA ARAB

لا تتوضئوا في الكنيف الذي تبولون فيه فإن وضوء المؤمن يوزن مع حسناته.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Janganlah kalian berwuduk dalam tandas yang kalian kencing di dalamnya, sesungguhnya wuduk seorang mukmin ditimbang bersama kebaikan-kebaikannya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Mulla ‘Ali al-Qari (m. 1014H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘, di halaman 206, hadis nombor 394. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

وضعه يحيى ابن عنبسة.

Palsu. Ia direka oleh Yahya Ibn ‘Anbasah.

RUJUKAN

Mulla ‘Ali al-Qari. (1398H). Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘ (‘Abd al-Fattah Abu Ghuddah, Ed.). Muassasah al-Risalah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.