Janganlah engkau menyebut begitu, wahai Aisyah!

TEKS BAHASA ARAB

لا تقولي هذا يا عائشة فإنها قد أسلمت وحسن إسلامها.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Janganlah engkau menyebut begitu, wahai Aisyah! Sesungguhnya dia telah telah memeluk Islam, dan baik keislamannya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1158, hadis nombor 5855. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن عطاء بن يسار قال: لما قدم رسول الله صلى الله عليه وسلم من خيبر ومعه صفية أنزلها في بيت من بيوت حارثة ابن النعمان فسمع بها نساء الأنصار وبجمالها فجئن ينظرن إليها وجاءت عائشة منتقبة حتى دخلت عليها فعرفها فلما خرجت خرج رسول الله صلى الله عليه وسلم على أثرها فقال: كيف رأيتها يا عائشة؟ قالت: رأيت يهودية! قال: لا تَقُولِي هذا يا عائشة فإنّها قد أسلمت، وحسن إسلامها. [ابن سعد، الضعيفة (5980)]

(Palsu) Daripada ‘Ato’ bin Yasar RA berkata: Ketika Rasulullah SAW tiba dari Khaibar dan bersama Baginda itu ialah Safiyah, maka Nabi telah menghantarnya di salah satu rumah Harithah bin al-Nu’man. Wanita-wanita Ansar telah mendengar tentangnya dan kecantikannya, lalu mereka datang untuk melihatnya. Aisyah datang dalam keadaan memakai niqab datang menemuinya lalu masuk berjumpa Safiyah, dan Nabi mengenalinya . Apabila Aisyah keluar daripada rumah, maka Rasulullah mengekori Aisyah dan bertanya: Wahai ‘Aisyah! Bagaimana pandangan engkau terhadapnya apabila engkau telah melihatnya? Lalu Aisyah RA menjawab: Aku melihat seorang Yahudi! Nabi SAW bersabda: Janganlah engkau menyebut begitu, wahai Aisyah! Sesungguhnya dia telah telah memeluk Islam, dan baik keislamannya. [Riwayat Ibn Sa’ad dalam al-Tabaqat. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no.5980]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs