Tidak sahih
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
حديث: لا تقطعوا اللحم بالسكين فإن ذلك من صنع الأعاجم.
Teks Bahasa Melayu
Hadith: Janganlah engkau memotong daging dengan pisau, sesungguhnya ia adalah perbuatan orang ‘Ajam (bukan orang Arab).
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)
Status
Tidak sahih
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 169, hadis no. 40. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
قال أحمد: ليس بصحيح. وقد كان النبي صلى الله عليه وسلم يحتز من لحم الشاة. في إسناده: أبو معشر وليس بشيء.قال في اللآلىء: أخرجه أبو داود حدثنا سعيد بن منصور حدثنا أبو معشر به وأخرجه البيهقي في الشعب وقال: تفرد به أبو معشر المدني.وليس بالقوي وليس في الحديث ما يسوغ الحكم بالوضع.
Ahmad berkata: Hadith ini tidak sahih.Sesungguhnya Baginda Nabi SAW memotong daging kambing.Pada sanadnya terdapat Abu Ma’syar yang dihukumkan sebagai laysa bi syai’.Al-Suyuthi menyebut di dalam kitab al-La’ali’: Abu Daud meriwayatkan bahawa Said bin Mansur telah menceritakan kepada kami, Abu Ma’shar telah menceritakan kepada kami dengan hadith tersebut Al-Baihaqi meriwayatkan di dalam kitabnya al-Shu‘ab , dan al-Baihaqi berkata: Abu Ma’shar bersendirian dalam meriwayatkan hadith dan beliau dihukumkan sebagai laysa bi al-qawiy dan tiada pada hadith bukti yang boleh menghukumkannya sebagai palsu.
Rujukan
Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.
Makluman