TEKS BAHASA ARAB
حديث: إن جبريل قال للنبي صلى الله عليه وآله وسلم. يا محمد، إن الله يقرأ عليك السلام ويقول لك: لا تسلم على الجزار، ثم قال له في اليوم الآخر: إن الله يقرأ عليك السلام ويقول لك: سلم الجزار.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Hadith: Sesungguhnya Jibril berkata kepada Nabi SAW: Wahai Muhammad! Sesungguhnya Allah mengirim salam kepadamu, dan Dia berkata kepadamu: Janganlah engkau memberi salam kepada penjual daging. Kemudian Jibril berkata kepada baginda pada hari lain: Sesungguhnya Allah mengirim salam kepadamu, dan Dia berkata kepadamu: Engkau berilah salam kepada penjual daging.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 151, hadis nombor 42. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
رواه ابن عدي عن أنس مرفوعا. وفي سياقه طول، وهو موضوع.
Ibn Adi meriwayatkannya daripada Anas secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi) dan pada ayatnya (lafaz) yang panjang dan ia palsu.
RUJUKAN
Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.