Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Janganlah engkau memberi salam kepada penjual daging

Teks Bahasa Arab

حديث: إِنَّ جِبْرِيلَ قَالَ لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَآلِهِ وَسَلَّمَ. يَا مُحَمَّدُ، إِنَّ اللَّهَ يَقْرَأُ عَلَيْكَ السَّلامَ وَيَقُولُ لَكَ: لا تُسَلِّمْ عَلَى الْجَزَّارِ، ثُمَّ قَالَ لَهُ فِي الْيَوْمِ الآخَرِ: إِنَّ اللَّهَ يَقْرَأُ عَلَيْكَ السَّلامَ وَيَقُولُ لَكَ: سلم الْجَزَّارِ.

Teks Bahasa Melayu

Hadith: Sesungguhnya Jibril berkata kepada Nabi SAW: Wahai Muhammad! Sesungguhnya Allah mengirim salam kepadamu, dan Dia berkata kepadamu: Janganlah engkau memberi salam kepada penjual daging. Kemudian Jibril berkata kepada baginda pada hari lain: Sesungguhnya Allah mengirim salam kepadamu, dan Dia berkata kepadamu: Engkau berilah salam kepada penjual daging.

Sahabat Perawi

  1. Anas bin Malik RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 151, hadis no. 42. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه ابن عدي عن أنس مرفوعا. وفي سياقه طول، وهو موضوع.

Ibn Adi meriwayatkannya daripada Anas secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi) dan pada ayatnya (lafaz) yang panjang dan ia palsu.

Rujukan

Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.