Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لا تَشهدْ على شهادةٍ حتى تكونَ أضْوأَ من الشمْسِ.
Teks Bahasa Melayu
Janganlah engkau bersaksi dengan persaksian sehingga ia menjadi lebih terang daripada matahari.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 835, hadis no. 4280. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن ابن عباس -رضي الله عنهما- مرفوعا: ((لا تشهد على شهادة حتى تكون أضوأ من الشمس)). [عد، هق، ((الضعيفة)) (2926)]
(Lemah) Daripada Ibn ‘Abbās RA secara marfū’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Janganlah engkau bersaksi dengan persaksian sehingga ia menjadi lebih terang daripada matahari. [Riwayat Ibn ‘Adi dalam al-Kāmil fi al-Ḍu‘afā’ dan al-Baihaqī dalam al-Sunan al-Kubrā. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2926]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman