Janganlah dia berayun seperti Yahudi ketika solat

TEKS BAHASA ARAB

إذا قام أحدكم في الصلاة فليسكن أطرافه، ولا يتميل تميل اليهود، فإن تسكين الأطراف من تمام الصلاة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila seseorang kamu berdiri dalam solat, maka tenangkanlah anggota-anggotanya dan janganlah dia berayun seperti berayunnya Yahudi kerana menenangkan anggota-anggota itu termasuk kesempurnaan solat.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1249, hadis nombor 6374. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن أم رومان رضي الله عنها، قالت: رآني أبو بكر أتميل في الصلاة، فزجرني زجرة كدت أنصرف من صلاتي، ثم قال: سمعت، رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: إذا قام أحدكم في الصلاة فليسكن أطرافه، ولا يتميل تميل اليهود، فإن تسكين الأطراف من تمام الصلاة.
[حل، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (2691)]

(Palsu)
Daripada Ummi Ruman RA, katanya: Abu Bakar telah melihatku berayun dalam solat, lalu beliau pun benar-benar menghalangku hingga hampir-hampir aku memberhentikan solatku, kemudian beliau berkata: Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda: Apabila seseorang kamu berdiri dalam solat, maka tenangkanlah anggota-anggotanya dan janganlah dia berayun seperti berayunnya Yahudi kerana menenangkan anggota-anggota itu termasuk kesempurnaan solat.
[Riwayat Abu Nu'aim dalam Hilyah al-Awliya', Ibn 'Asakir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2691]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs